Tuesday, August 31, 2010

yummy yummy macaroni guratan

petang tadi saya buat macaroni guratan..(nama ni dpt dr resepi kat intenet)..saya cuba buat sbb die sgt la meleleh dengan cheese..yummy yummy...n Alhamdullilah menjadi n encik ikhwan dan puan mentua menyukainye :D lalallalala..resepi beza sket je ngan makaroni bakar yang saya selalu buat..beza nye ni rase cheese yang sgt amat..n tak boleh dipotong..cedok cedok je..kalu makaroni baka, die melekat antara satu ngan laen n boley dipotong mcm kek..

ni rupe macaroni tu sebelum dibakar


ni after bakar


ni baki selepas dicedok ke pinggan masing2


gamba yang saya tangkap memang tak nampak menarik..tp sy puji diri sy sendri yang saya masak ni sedap.hahhahaha..itu adalah komen saya utk masakan saya :D :D

jadi sesape yg nak buat..ni amik resepinye..saya ote ote cara masakan..ikut tekak melayu..terutama waktu goreng makaroni tu..n tambah sesuke ati saya seperti paprika, italian herbs dan ape2 yg saya suke..

Bahan-bahan
Macaroni - tk kira la jenis apa2 pon bleh
Isi (terpulang nak isi apa2)
* Udang yg dkopek kulit
* Isi Ayam - potong kecil2
* Scallop/Sotong/Sosej/Isi Ketam
* Mix vege - jika suka. .
* Cendawan butang - hiris2
* Garam
* Lada hitam/lada sulah
Butter


Bahan Untuk White Sauce
300ml susu segar
125ml air
2 sudu makan butter
2 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam
satu mangkuk kecil keju cheddar parut/parmesan cheese atau apa2 jenis keju yg sedap!

Untuk Topping ( jika ingin lebihan cheese)
Keju Mozarella parut


Cara-cara
Untuk membuat white sauce
Panaskan periuk.Masukkan butter. Masukkan tepung, kacau cepat2. Jgn buka api besar. Nnti hangus.
Masukkan susu dan juga air. kacau supaya tpg tdk bergentel2. biarkan mendidih.
Masukkan cheese dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak2 pekat. matikan api.


Untuk membuat makaroni(yang ni saya goreng je macaroni cm goreng mee)
Rebus makaroni hingga empuk. toskan. gaul dengan olive oil. ketepikan.
Panaskan butter, masukkan isi2 bhn yg dsukai.
Perasakan dengan garam dan juga lada hitam/lada sulah. Masukkan makaroni tadi. Gaul mesra.


Masukkan macaroni ke dalam mangkuk tahan panas. Curahkan white sauce tadi.
Dan taburkan keju mozarella - klu tk nk tabur pon xpe.. sbb white sauce td dh gunakan cheese.
Bakar suhu 180 selama 20-30min atau hingga kekuningan.
Siap untuk dhidang.

Monday, August 23, 2010

susah ke maths??

di sekolah tadi saya berjaya menghabeskan semak paper math trial jpn perak..examnye ari jumaat aritu..weken hanya kelas 5 bestari je sempat abes..td bertungkus lumus sy menyiapkan 5bahagia punye juga kerana bukanlah saya perlu menghantar markah dengan segera..tp hati sy membuak buak (poyo sungguh ayat ini) ingin tau marks anak2 didik sy ini...

emm sedikit mengembirakan saya bile 15 org dapat a dri kelas 5bestari...hanya 2 org di klas bestari yang berada di tahap nyawa2 ikan..ditolak boleh gagal dan boleh lulus..5bestari klas pertama di rmm..name je pertama tp prestasi mereka blom cukup hebat lagi..dan hanya 7 org je dari kelas bahagia mndapat 40 keatas..jika dulu skola sy buat markah lulus 30..pasti rekod kelas 5bahagia juga meningkat 13 dr 18 org akan lulus...

apa yang saya suka exam kali ini ialah beberapa students sy menunjukkan peningkatan yang mendadak..agaknye suda sedar diri yang derang akn exam ujung bln 11 ini..ataupon sudah tidak tahan disindir oleh sy di dlam kelas..tahniah buat amirul,ar razi dan megat termizi yg nampaknye usaha mereka berhasil..

sy faham..maths bukanlah subjek kegemaran sume org..en.ikhwan sendri antara org plg tidak suke maths..utk kira harga gula + harga tepung pon en.ikhwan malas..en.ikhwan lebih suka bahasa dan sejrah..ni semua pembahagian menggunakan otak kanan dan kiri..saya juga rase sy masih tak mengunakan kedua dua belah otak yang saya ada dengan harmoninye..so kat cni saya paste sket pasal otak kanan dan kiri secara simplenye..

Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


pada saya buat mase ni maths tidaklah suatu yg susah..tp kalu sy diberi soalan sejarah atau geografi..mahupun kimia dan biologi..rasenye name sy juga antara yang sering muncul di golongan yang perlu diberi i.c.u..hahahahha

Saturday, August 21, 2010

mak, kita buka pose sesame ye petang ni

pagi ni sementara tgu email skema jawapan matematik dari kak norsiah..saya round2fesbok..ternampak video ini yang ditag oleh abg saya..wizan..




cerita ni ble time nk pose dekat2 nk raye slalu tb tunjuk..walaupon saya tau da endingnye tanpa perlu tgk abes2..saya tetap akan tengok juga..n waktu ini lah hati saya tersangat la touching..sbb dalam hati saya ..saya tak nk mak saya trase macam drama2 ni..n serase saya..buat mase ini saya masih blom lagi buat mak trase macam crita kat atas ni..

walaupon sekarang saya sudah ade keluarga sendiri..saya rase saya masih blom kuat utk hidup tanpa mak..hampir setiap hari saya menelefon mak..bercerita apa yg perlu dan mendengar crita mak juga...saya cuba utk buat hati mak senang selalu..

mak..petang ni kita berbuka pose sesame ye..

Thursday, August 19, 2010

kongsikan bersama 2

>>sambungan yg semalam tentang kelebihan puasa dan malam lailatul qadar<<

Nabi Muhammad saw bersabda "Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan ramadhan Allah akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.

SubhanAllah..betapa Maha Penyayang dan Pengasihnya Pencipta kita


Apabila malam Lailatulqadar Allah akan memerintahkan Jibrail supaya turun bersama satu kump. besar malaikat.Bersama mereka terdapat bendera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu di atas Kaabah. Jibril a.s. mempunyai seratus sayap. Dua darpada sayap tersebut tidak pernah ddibuka kecuali malam itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat.Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s. akan mendorong para malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap org yg sedang berdiri atau duduk, bersolat atau berzikir. maka para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa doa mereka sehingga terbit fajar.

Apabila terbit fajar Jibrail a.s. akan menyeru segala malaikat,"sekarang pulanglah!".
Para malaikat itu pun akan bertanya, "Wahai Jibrail apakah yang Allah telah lakukan terhadap keperluan2 orang beriman dikalangan umat Muhammad?" Beliau akan menjawab," Allah telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia ." Maka kami pun bertanya, " Siapakah mereka ya Rasulullah?" Baginda saw bersabda " Lelaki yang berterusan minum arak, seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang memutuskan silatulrahim (memutuskan hubungan sesama keluarga) dan musyahin." Kami bertanya, " Ya Rasullullah, siapakah musyahin itu?" Baginda saw menjawab, "Dia ialah musorim (orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan)."

....akan bersambung lagi satu entry..tentang aidilfitri~~~~~

Tuesday, August 17, 2010

kongsikan bersama

pagi semalam..sebelum kelas relief saya bermula..saya duduk2 di meja kopi bilek guru..bukannnye nk minum kopi..tp tujuan utama sy duduk disitu juga saya tak pasti..trus bersembang pagi dengan cg bazli..rakan guru yang plg lama berkhidmat di rmm..senang crita dengan cg bazli ni..die gtau sy yg isnin die sebgai cekgu on duty laswek..die da siapkan teks ucpn..namun sdikit keciwa kerana assembly dibatalkan..die beritahu saya die da sdiakan 3 helai hadis yg ingin dikongsikan bersama..tp tak tercapai la pulak hasratnye itu...

maka,nk disedapkan lagi bersembang seblom waktu sy masuk ke klass relief, sy bertnykan tentang hadis tersebut..sy katakan pada cg bazli..kongsi dengan sy..nnt sy bole tlg gtau ustd supaya cg bazli dpt beri tazkirah jumaat ini..namun die menolak utk memberi tazkirah jumaat..lalu trus bercerita tentang hadis tersebut..dengan muka yg sgt membuatkan sy terlalu ingin tahu hadis apekah yg ingin dikongsi...diceritakan kepada sy dengan penuh perasaan..dengan penuh kesungguhan...terima kaseh cg bazli kerana berongsi dengan saya..sharing is caring..hehheheh..

so sy rase..saya patot kongsikan hadis tersebut..iaitu tentang ramadhan...salinan fotostat hadis cg bazli tadi telah dibaginya pada saya...disini saya tuliskan sket demi sket..akan sy update nnt..

>>>> I <<<<
[salinan sebenar dari kertas hadis yang telah difotokopi]

Hazrat Ibnu abbas r.anhuma berkata bahawa beliau telah mendengar Rasulullah saw bersabda "sesungguhnyasyurga diharumkan dan dihiasi dari athun ke tahun utk menyambut kedatanagn Ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah 'Arasy yang dinamakan 'Muthirah'..lalu bergeseranlah daun daun pook syurga dan juga gagang pintu2 syurga, maka kedengaranlah satu bunyi yg begitu merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari2 bermata jeli sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka menyeru," adakah sesiapa yang ingin meminang kami supa Allah mengahwinkannya dengan kami?" kemudian mereka berkata lagi, " Wahai Ridhwan penjaga syurga, malam apakah ini?" Beliau akan menjawab kepada mereka dengan berkata, " Ya, malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. (Hari ini)pintu2 syurga dibuka bagi org yg berpuasa di kalangan umat Muhammad saw." Nabi saw bersabda lagi, "Allah alan berfirman, "Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu2 syurga dan Malik (penjaga neraka) tutuplah pintu2 neraka bagi mereka yang berpuasa daripada kalangan umat Muhammad. Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sgt2 degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat Muhammad kekasihKu."


Baginda saw bersabda lagi " Allah akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadhan supaya dia menyeru 3 kali, "Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya? Adakah sesipa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya? Siapakah yang sanggup memberi hutang kepada yang Maha Kaya yang tidak pernah miskin, yang akan membayar hutangnya sepenuh-penuhnya tanpa sebarang kekurangan."


~~~akan disambung nanti....~~~~~

Monday, August 16, 2010

tengs en. ikhwan



tadi saya janji ngan en.ikhwan utk tido b4 kul 12..skali ble da berjalan2 jalan di alam maya ni..tak sedar da dekat jam 1 pagi..

saya mula membuka blog saya semula sejak awal ramadhan..setelah ade sorg student saya bace blog saya..maka setelah beberapa bulan tidak dibuka..dicuci sesawang yang ade..saya rase baekla saya tulis2 semula..kerana walaupun saya tulis2 takde org bace..tp saya suke..cara saya mengurangkan stress kot..sbb bile sy tulis blog..saya akan bace cerita byk org..pasti ade ilmu yg saya perolehi disitu..huhuhu..

o0o..saya juga da 2 3 kali tuka background blog ni sejak 2 3 hari lepas..dan tengah hari tadi..en ikhwan komen..bekground sy tak cantek..so mlm ni tdi saya berusaha keras tuka lagi..saya tau walaupon en.ikhwan tak la brape layan membace blog..tetapi kadangkala die membukanye juga..menjadi pembaca senyap ...skang sy tatau la cantek ke tidaknye bekground sy di mata die..

papepon ucapan terima kaseh saya kepada en.ikhwan kerana da belikan router wireless utk rumah kami ni..maka kami ber2 tidak lagi akan berebut mengunakan internet..yela..kami guna streamyx..pastu masing2 malam je freetime nk surfing..maka ble satu je mula la ade yg merajok..bukan saye aje..die juga suke merajok..hehhehe..hanya saya je yang reti pujuk die..

okey la..tu je..saya nk tdo..esok saya suka n berdebar debar..sbb students form 5 da mula nk trial spm..smuga ramadhan membuatkan mereka bersemangat lebih utk berjaya..amennn

Friday, August 13, 2010

Thursday, August 12, 2010

meses daripada teman

meses ini saya terima pagi tadi..orang yang saya rindui..teman yang da bertuka ke sekolah laen..dia adalah teman juga kakak yang byk membantu saya dahulu..

semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya
Zuhurmu gembira,
Asarmu bahagia, Maghribmu Keampunan,
Isyakmu Keberkatan dan doamu diterima,
diberkati rezekimu serta
dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan.

terima kasih Kak beah..
keadaan saya disekolah pada mase ini buat saya rendu sesgt pada akak.

cube..try..test

...dalam pembikinan background chumil2..
..tak reti..
..so Cuba Try Test je la dulu..

Wednesday, August 11, 2010

1 ramadhan 1431H

selamat datang ramadhan
semoga kita semua menikmati kemanisan ramadhan tahun ini