Thursday, August 19, 2010

kongsikan bersama 2

>>sambungan yg semalam tentang kelebihan puasa dan malam lailatul qadar<<

Nabi Muhammad saw bersabda "Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan ramadhan Allah akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.

SubhanAllah..betapa Maha Penyayang dan Pengasihnya Pencipta kita


Apabila malam Lailatulqadar Allah akan memerintahkan Jibrail supaya turun bersama satu kump. besar malaikat.Bersama mereka terdapat bendera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu di atas Kaabah. Jibril a.s. mempunyai seratus sayap. Dua darpada sayap tersebut tidak pernah ddibuka kecuali malam itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat.Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s. akan mendorong para malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap org yg sedang berdiri atau duduk, bersolat atau berzikir. maka para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa doa mereka sehingga terbit fajar.

Apabila terbit fajar Jibrail a.s. akan menyeru segala malaikat,"sekarang pulanglah!".
Para malaikat itu pun akan bertanya, "Wahai Jibrail apakah yang Allah telah lakukan terhadap keperluan2 orang beriman dikalangan umat Muhammad?" Beliau akan menjawab," Allah telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia ." Maka kami pun bertanya, " Siapakah mereka ya Rasulullah?" Baginda saw bersabda " Lelaki yang berterusan minum arak, seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang memutuskan silatulrahim (memutuskan hubungan sesama keluarga) dan musyahin." Kami bertanya, " Ya Rasullullah, siapakah musyahin itu?" Baginda saw menjawab, "Dia ialah musorim (orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan)."

....akan bersambung lagi satu entry..tentang aidilfitri~~~~~

2 comments:

teman ombak