ni rupe macaroni tu sebelum dibakar
ni after bakar
ni baki selepas dicedok ke pinggan masing2
gamba yang saya tangkap memang tak nampak menarik..tp sy puji diri sy sendri yang saya masak ni sedap.hahhahaha..itu adalah komen saya utk masakan saya :D :D
jadi sesape yg nak buat..ni amik resepinye..saya ote ote cara masakan..ikut tekak melayu..terutama waktu goreng makaroni tu..n tambah sesuke ati saya seperti paprika, italian herbs dan ape2 yg saya suke..
Bahan-bahan
Macaroni - tk kira la jenis apa2 pon bleh
Isi (terpulang nak isi apa2)
* Udang yg dkopek kulit
* Isi Ayam - potong kecil2
* Scallop/Sotong/Sosej/Isi Ketam
* Mix vege - jika suka. .
* Cendawan butang - hiris2
* Garam
* Lada hitam/lada sulah
Butter
Bahan Untuk White Sauce
300ml susu segar
125ml air
2 sudu makan butter
2 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam
satu mangkuk kecil keju cheddar parut/parmesan cheese atau apa2 jenis keju yg sedap!
Untuk Topping ( jika ingin lebihan cheese)
Keju Mozarella parut
Cara-cara
Untuk membuat white sauce
Panaskan periuk.Masukkan butter. Masukkan tepung, kacau cepat2. Jgn buka api besar. Nnti hangus.
Masukkan susu dan juga air. kacau supaya tpg tdk bergentel2. biarkan mendidih.
Masukkan cheese dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak2 pekat. matikan api.
Untuk membuat makaroni(yang ni saya goreng je macaroni cm goreng mee)
Rebus makaroni hingga empuk. toskan. gaul dengan olive oil. ketepikan.
Panaskan butter, masukkan isi2 bhn yg dsukai.
Perasakan dengan garam dan juga lada hitam/lada sulah. Masukkan makaroni tadi. Gaul mesra.
Masukkan macaroni ke dalam mangkuk tahan panas. Curahkan white sauce tadi.
Dan taburkan keju mozarella - klu tk nk tabur pon xpe.. sbb white sauce td dh gunakan cheese.
Bakar suhu 180 selama 20-30min atau hingga kekuningan.
Siap untuk dhidang.