ni adalah entry sambungan yang aritu..tp perkara yang saya cube kongsikan di sini hasil dari hadis yg cg bazli bg kat saya dan juga dr artikel di majalah solusi isu no.23..
Dalam kitab Fadilat Ramadan ada tertulis Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " sesiapa yang berjaga pada kedua dua malam Hari Raya (dengan sibuk beribadah) dengan niat utk mendapat ganjaran Allah, hatinya akan hidup pada hari di mana hati-hati yang lain mati" Dan malam hari raya juga adalah diantara 5 malam yang doa-doa akan dikabulkan.
Abu Hurairah r.a berkata, telah bersabda Rasullullah s.a.w. mafhumnya " ....dan diampunkan bagi mereka (umat Muhammad s.a.w.) pada malam terakhir Ramadhan"
Alangkah ruginya jika sepanjang Ramadhan kita mampu bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan segala kebajikan, tiba-tiba pada malam yang penuh barakah ini, kita dilekakan dgn kesibukan persiapan Hari Raya.
Apabila tiba malam hari raya aidilfitri, maka malam itu disebut sebagai LailatulJaizah(malam pengurniaan hadiah). Maka apabila pagi hari raya menjelang, Allah azzawajalla menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengari oleh semua makhluk Allah azzawajalla selain jin dan manusia. Mereka berkata, "Wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan Yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar" Apabila mereka tiba ditempat sembahyang raya, Allah akan bertanya kepada para malaikat, "APakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?" Para malaikat akan berkata, "Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjaranya."
Lalu Allah azzawajalla berfirman," sesungguhnya Aku menjadikan kamu sbg saksi wahai malaikatKu, sesungguhnya Aku jadikan keredhaan dan keampunanKu sebagai pahala puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka".Allah azzawajalla berkata lagi "Wahai hamba-hambaKu!Pohonlah daripadaKu. Demi kemuliaan dan keagunganKu,kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu ini utk kepentingan akhirat, melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu pohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu. Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengingatiKu.Demi kemuliaan dan keagunganKu, tidaklah Aku akan menghina kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu dikalangan orang-orang yang berdosa(dan org2 kafir). bersurailah dalam keadaan kamu telah diampunkan. sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah reda dengan kamu."
Maka, bergembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang dikurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan.
"YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI DIKALANGAN MEREKA"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat menyambut lebaran juga
ReplyDelete